Friday, May 20, 2016

Waktu yang sesuai untuk berdoa

Salam jumaat semua...

Asyik share tips kesihatan je kan.

Jadi, hari ni kami nak kongsikan tips lain pulak.

Sebab hari ni hari jumaat, dan kita digalakkan banyak berdoa, maka hari ni kami nak refresh balik antara waktu2 yang bagus untuk berdoa.

1) Waktu bersin
= lepas je bersin tu ucap alhamduillah pastu terus sambung dengan doa. Cth: alhamdulillah, lepas raya ni dapat mercedes CLA 200 MG4matic, amin..

2) Waktu hujan lebat
= hah, ni best. Harap2 hari ni hujan lebat. Bila hujan kan kita rasa tenang, so lepas kita baca surah al-kauthar & al-ikhlas boleh la kita tadah tangan dan doa sebanyak mungkin.

3) Waktu mengaji alquran
= okey, memandangkan hari ni jumaat so jom kita baca al-kahfi pastu kita doa banyak2

4) Waktu mandi
= hah, dah mandi belum tu? Kalau belum, boleh la pegi mandi. Kalau dah mandi tu pun boleh mandi lagi. Hehe. Sambil2 mandi tu boleh la kita bacakan permintaan kita.

5) Waktu sujud yang terakhir
= ni ramai yang dah tahu kan. So jom kita sujud lama2. Tapi memang ada orang sujud lama pun, tapi bukan sebab berdoa tapi sebab tertido. (Opppss..kantoi pulak :p)

6) Waktu minum air
= kita selalu sia2 kan masa ni. Kita selalu minum, tapi kita selalu lupa nak doa. Jadi lepas ni, kita minum pastu kita doalah, ya Allah jadikan lah aku jutawan seperti abdul rahman al-auf. Amin...

7) Waktu berada di Mekah dan Madinah
= alamak, rugi la kita dok malaysia ni. Takpe2, siapa yang ada kat sana tu tolong la doakan kami pun dapat ke sana ye, teringin sangat nak pergi sana.

Hah kalau anda semua perasan sebenarnya kebanyakan dari waktu ni adalah waktu2 kita sedang tenang. Kita pun tak suka kalau orang mintak kat kita dalam tergesa-gesa kan.

Jadi ape lagi.. Jom2 kita bertenang dan rebut masa2 ni dan doa secara bersungguh-sungguh dan yakin Allah akan makbul kan.

Selamat beramal...

Love,
https://facebook.com/bigheartphysio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

No comments:

Post a Comment