Monday, May 2, 2016

TAK MENARIK LANGSUNG HADIAH KUIZ SEMALAM!!!!

Hai...

Siapa tahu theraband tu apa?

Mungkin semalam baca dapat hadiah theraband rasa macam.....

Ala....... xberbaloi pun dapat, bukan bernilai pun...betul tak?

Oklah...

Sebenarnya, bagi sesiapa yang rasa theraband / sport band tu tak bernilai, boleh pergi farmasi cari berapa harga dia. n then cuba try test tengok macam mana nak guna benda tu. Kalau terror lagi cuba buat exercise 30x guna band tu, anda akan rasa betapa bersyukurnya dapat hadiah theraband tu. =)

Baik...

Untuk pengetahuan, saya terangkan serba sedikit tentang theraband ni, pernah tak dulu2 ikat gelang getah tu sampai panjang, then main lompat2, siap de bunyi lagi masa lompat tu (zero point).Getah tu boleh meregang kan?

Theraband ni samala macam gelang getah tu, tapi yang specialnya, dia lebih cantik, lebih tahan, lebih banyak pilihan warna.
Kebaikan theraband ni pulak:

1. Kecil, so.. boleh la nak bawa kemana2 pun. Kaum hawa lagi senang, boleh simpan dalam handbag, bagi kaum adam pula boleh simpan dalam poket seluar je.

2. Boleh buat macam2 exercise, kalau nak body cantik, solid molid, insyaAllah guna theraband ni dengan betul, boleh buat body lelaki berketak2, body perempuan macam model antarabangsa (tapi kenala buat exercise, kalau simpan je, jadi pekasam la jawabnya)

3. Ada pelbagai pilihan warna dan rintangan. Selalunya, lagi cerah warna, lagi ringan rintangan, lagi gelap lagi tinggi rintangan. So kalau suka warna biru gelap tu agak2 rintangan dia kuat ke tak ek?

4. Boleh buat exercise masa berdiri, masa duduk, masa baring.  Ha...cuba bagi tahu alat senaman apa yang boleh kalahkan theraband ni???

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan theraband ni. Tapi cukuplah 4 kebaikan yang dikongsikan ni. Kang banyak2, muntah pulak kita baca. Hehe...

So...siapa nak rasai keseronokan theraband ni, dan nak kan ianya secara PERCUMA dari kami, cepat2 jawab kuiz kami semalam:)

No comments:

Post a Comment