Monday, May 23, 2016

HANTU BUKU???

HANTU BUKU???

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi ke Kompleks PKNS, Bangi. Cadangnya saje nak bawak anak2 jalan dan beli barang sikit.

Sekali ternampak pulak ada karnival buku kat tempat letak kereta kompleks tu. Saya ni, da la hantu buku, so apa lagi, kami pun beronok-ronok la ke sana.


Nak tahu tak macam mana kisah saya mula2 jadi hantu buku? Eyh jap.. Ade ke istilah hantu buku ni ek? Erm.. abes tu orang yang pantang je nampak buku, rasa nak beli or pinjam ni kita panggil ape ek? Wife saya panggil hantu buku. Tak kesah la kan..

Okey, nak dijadikan cerita, kisahnya begini…

Masa saya belajar dulu saya sangat takut buat kes neck (tengkuk) dan kes low back pain (sakit belakang). Maklumlah, masa tu sangat "rajin" baca buku. Ada masa tu sampai tahap, ya Allah janganlah dapat patient neck atau low back pain masa ujian nanti.

Tapi…ditakdirkan Allah, bila saya bekerja, saya kena mengajar topik neck dan low back pain, pergh…pucat lesi muka saya bila dapat tahu kena mengajar.

So bermulalah kisah saya menceburkan diri membeli buku yang pada saya pada masa tu masyaAllah mahalnya buku ni. Bayangkan harga buku tu rm245. Nak bacanya sikit je.

Tapi bila start baca, WOW…!!! betul ke buku ni, senangnya nak faham. Untuk pengetahuan anda, saya ni dahla "pandai" baca buku bahasa inggeris. Inilah first time baca buku yang simple dan mudah faham. n finally saya khatam baca buku tu yang tebalnya 500page ++.

Dan lepas tu, saya pun dengan relax je kalau dapat kes neck @ low back pain seronok2 je buat. Siap kalaulah dapat kes macam ni hari2 bahagianya hidup. Umpama "Dunia ini Ana yang empunya".

Start dari situlah saya mula rajin pergi library baca buku dan pinjam bermacam2 buku general sampaikan habis semuanya saya baca. Tak habis setakat tu je, saya beli lagi buku sampai sekarang. Dan saya dah peruntukkan budget khas untuk beli buku setiap bulan, tapi selalu over budget, sampaikan wife saya catu budget buku saya ;p

Begitulah kisah hantu buku, dah macam rasa ketagih nak baca buku. Setiap masa mesti ada buku yang da siap standby untuk baca. Ada tak yang kat sini hantu buku jugak macam saya?


Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah
#bigbookworm

No comments:

Post a Comment