Thursday, May 26, 2016

HIDUP juga perlukan R&R

Kehidupan ibarat lebuhraya. Apabila kita telah menetapkan matlamat or destinasi yang hendak dituju, kita akan cuba memecut selaju mungkin untuk sampai ke destinasi itu.

Tapi.. Apabila lebuhraya penuh dengan pelbagai bentuk ragam manusia, kita akan terpaksa melanggarnya kerana hendak tiba cepat ke destinasi.

Sudahnya, apabila kita telah sampai ke destinasi or matlamat yang dikehendaki, dunia terasa begitu kosong sekali. Tiada mereka yang rapat untuk bersama meraikan kejayaan itu.

Daaannn.. Apabila kita menoleh ke belakang barulah kita sedar yang kita telah melanggar mereka sebelum ini. Melanggar yang saya maksudkan disini ialah mengabaikan kewujudan mereka sebelum ini.

Siapakah antara insan2 yang kerap kali dilanggar di lebuh raya ini?

1. Ibubapa : penghujung usia mereka menjadi begitu sunyi sekali

2. Pasangan : tiada lagi kasih sayang mahupun senda gurau

3. Anak-anak : tidak merasai belaian dan perhatian yang sepatutnya

4. Saudara : hidup mereka tidak dipedulikan

Maka, dalam menyelusuri lebuh raya kehidupan ini, marilah kita berhenti sebentar di hentian R&R dan bermuhasabah mencari keseimbangan dalam hidup.

Sorry.. Macam skema pulak post hari ni. Yela, hari ni emo sikit sebab baru lepas buat fisio kat salah satu pusat penjagaan warga emas. Selalu lepas balik je dari sini, mesti akan fikir.. 'macam manalah aku bila tua nanti?????'

No heart feeling, just a little thought.. =)

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

No comments:

Post a Comment