Saturday, May 21, 2016

Demam Piala Thomas

Siapa tengok semifinal piala Thomas semalam??

Wahh.. Malaysia hantar Iskandar Zulkarnain la. Tapi malang nye , kalah la pulak. Takpe2 boleh usaha lagi. Muda lagi tu. Hehehe.

Sebut pasal Zulkarnain ni, teringat pulak kisah tentang Zulkarnain yang terakam dalam surah Al-Kahfi. Siapa tahu kisah ni??

Mesti semua tahu kan, kisah seorang raja yang membina tembok untuk menghalang yakjuj dan makjuj.

Raja Zulkarnain ni adalah tokoh yang benar2 memanfaatkan potensi dan kehebatan yang Allah kurniakan kepadanya.

Tapi.. Tahukah anda, apakah antara sebab2 keunggulan dan kehebatannya??

Seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Kahfi, antara sebab2 nya adalah:

1) Jelas destinasi : Berwawasan

- Wawasan Zulkarnain: Mengagungkan kebenaran dan keadilan
- Beliau menjadikan pangkat dan kuasa sebagai alat untuk menegakkan wawasannya.

2) Memiliki kompas hidup: Bertaqwa

- Taqwa adalah kompas hati supaya kita tidak tersesat jalan
- Walaupun beliau mengusai timur dan barat, namun timur dan barat tidak mengusai beliau kerana petunjuk Allah sentiasa berada dalam hatinya.

3) Menguasai ilmu besi dan tembaga : Mengusai teknologi

- Teknologi yang digunakan oleh Zulkarnain untuk membina tembok begitu hebat sekali sehingga gerakan yakjuj dan makjuj dapat dibendung.
- Ilmu dan teknologi penting untuk berjaya dalam hidup.

4) Mendengar dan memahami : Berkomunikasi secara efektif

- Kemahiran berkomunikasi yang dimiliki Zulkarnain tinggi sehingga dapat memahami percakapan golongan yang hidup terpencil daripada masyarakat lain
- Selain itu, beliau turut menguasai pelbagai kemahiran, maka tidak hairan lah apabila beliau dapat menguasai dan memerintah dunia dengan begitu cemerlang.

Hebat kan pemuda zaman dahulu?? Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan suntikan motivasi kepada diri kita agar sentiasa berusaha menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Love,
https://facebook.com/bigheartphysio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

No comments:

Post a Comment