Friday, August 12, 2016

5 tips Memudahkan Pergaulan

Anda pernah tak jumpa orang yang macam boleh je masuk dengan siapa2 pun, walaupun baru jumpa seminit?

Jelous kan tengok?

Kita ni bila jumpa orang baru, rasa macam nak menyorok dalam tudung je.

Jom try tips ni, mana la tahu boleh membantu.

1. Cari persamaan

- bila kita mencari persamaan dengan seseorang, secara automatik kita akan menghasilkan satu tarikan semulajadi.
- lagipun bila kita ada persamaan dengan seseorang, secara tak langsung kita akan berbual dengan penuh minatm
- contohnya,  kalau kita jumpa orang tu kat sekolah anak kita, boleh la kita berborak dengan dia pasal perkembangan anak ke, aktiviti sekolah ke. Tak pun, kalau jumpa orang kat pasar, boleh la berborak pasal resepi ke, tips nak pilih bahan2 segar ke.

2. Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap

- sedarkah anda, kadang2 apabila kita banyak bercakap, kita sebenarnya mendedahkan kelemahan diri kita ataupun melukai hati orang lain
- orang yang bijaksana lebih banyak mendengar kerana maklumat dapat diterima ketika mendengar
- oleh itu, berfikir sebelum berkata2 dan elakkan berkata yang sia2.

3. Elakkan daripada membaca fikiran orang

- don't judge a book by it's cover.
- bila kita melabel seseorang, kita seolah2 membaca fikirannya. Kita seolah2 tahu serba serbi mengenainya. Tapi.. Bila dah berinteraksi dengan nya, semua macam tersasar dari jangkaan.
- sama juga dengan kita, kita pun tak suka kalau orang label kita kan??

4. Layan orang sebagaimana kita mahu orang layani kita

- ramai orang tak ambil kesah pun apa orang lain akan rasa bila dia buat sesuatu tindakan tu, tapi.. bila dah terkena atas batang hidung sendiri, barulah dia sedar betapa sakitnya diperlakukan macam tu.
- jadi.. fikir dulu sebelum buat sesuatu terutamanya ketika marah.

5. Tiada siapa yang sempurna

- apabila kita ternampak buruk seseorang, ingatlah bahawa tiada siapa yang sempurna di dunia ini
- jangan sangka jika kita memiliki akhlak yang baik, orang lain juga mesti tunjukkan akhlak macam tu, setiap orang berbeza dan unik dalam cara tersendiri
- kadangkala, sifat yang negatif sebenarnya adalah positif dalam situasi yang berbeza. Contohnya sifat tamak, kan bagus kalau rasa tamak nak berbuat kebaikan pada semua orang. 😁

Jom ramaikan kawan.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment