Tuesday, August 16, 2016

6 bulan pertama STROKE

ALAAA... DAH LEBIH 6 BULAN

Pernah tak tengok pesakit stroke yang kalau dia buat fisio, perubahan yang kita nampak tu ketara sangat?

Pernah tak tengok pesakit stroke jugak, buat fisio jugak, tapi perubahan dia sikit sangat tak pun tak nampak apa2 perubahan?

Pernah tak?? Agaknya sebab apa ye?

Sebenarnya, bagi pesakit stroke ni, tempoh masa yang paling berharga adalah pada 6 bulan pertama.

6 bulan pertama ni la yang selalunya menentukan keadaan pesakit selepas tu.

Kalau 6 bulan pertama ni, penjaga ambil inisiatif untuk betul2 bawa pesakit jumpa fisio kat hospital dan tiap2 hari buat senaman yang diajar ni kat rumah, insyaAllah memang cepat perubahan yang boleh nampak.

Tapi, kalau penjaga pun buat sambil lewa,
Kadang2 bawak kadang2 tak,
Bila bawak pun, hanya kat hospital je buat senaman kat rumah tak,
Lepas 6 bulan baru cari fisio,
Memang lambat dan susah la nak nampak perubahan pesakit.

Rugi sangat sebenarnya kalau sia2 kan 6 bulan pertama ni, sebab 6 bulan pertama ni la sel2 baru nak dibina, jadi banyak ransangan yang kena diberikan untuk semua sel2 otak ni kembali berhubung.

Sel otak selepas stroke

Tapi... Mungkin jugak mereka tak tahu kan?
Jadi, siapa2 yang dah baca dan dah tahu ni boleh la share kan. Mungkin ianya tidak bermanfaat pada anda, tapi sangat bermanfaat untuk orang lain.

Ada sesiapa yang mencari fisio untuk datang membuat rawatan dirumah?

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment