Sunday, August 14, 2016

Kinesio Tape

KISAH TAPE BIRU

Alkisahnya semalam incik suami pergi kursus untuk belajar tentang cara untuk menggunakan Kinesio Tape.

Bukan salotape yang kita guna untuk balut buku dulu2 taw.

Kinesio Tape ni adalah tape yang digunakan untuk kurangkan sakit, betul kan postur, membantu pergerakan otot dan macam2 lagi fungsinya.

Tape ni sangat mahal, (yela.. benda baik kan memang selalunya mahal) tapi kesan dia memang best sangat.

*Kalau orang yang sakit lutut pakai, insyaAllah jalan lama pun tak sakit sangat.
*Kalau orang yang duduk pun cam malas2 tak tegak, pakai ni dapat la tegak sikit.
*Kalau orang yang sakit bila bergerak, tak nak bagi gerak sangat, pakai ni pun boleh membantu.
*Hah! yang paling selalu orang guna, orang yang bersukan la.

Eyh.. Dah melalut jauh ni. Okey2 jom sambung kisah tadi.

Okey, selepas je incik suami balik rumah semalam. Habis anak2 semua di'tape'kan.

Tape kat tangan, tape kat kaki, tape kat belakang, kat perut. Semua tempat la nak tape. Bukan main seronok lagi diorang kena tape dengan abi.


Nasib la anak2 oi, dah dapat abi n umi fisioterapi, kena la tape kan. Hehehe.. 😅

So siapa lagi nak try guna kinesio tape ni?

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya #kinesiotape

No comments:

Post a Comment