Thursday, August 11, 2016

TERLEBIH Bersenam??

ADUH!!! SAKITNYA..

Pernah tak lepas anda jogging ke hiking ke atau buat apa2 senaman, rasa macam sakit sangat badan dan otot2 semua segala??

Pernah terfikir tak normal ke rasa sakit macam tu? Ke dah terlajak bersenam?


Hah.. Biar saya jawab, persoalan yang dalam fikiran anda tu.

Sebenarnya, kalau kita tak biasa buat sesuatu aktiviti tu memang kita akan rasa lenguh2 badan dan otot, tapi sepatutnya sakit ni akan hilang kurang dari 4 jam.

Tapi,  kalau..

1. Sakit tersebut tak kurang selepas 4 jam dan tak hilang selepas 24 jam.

2. Sakit tersebut datang sewaktu baru memulakan senaman atau sakit tu bertambah berbanding sesi sebelumnya.

3. Rasa keras atau ketat pada sendi semakin bertambah atau pergerakan sendi semakin berkurang sepanjang beberapa sesi aktiviti dijalankan.

4. Bengkak, kemerahan atau rasa panas pada tempat sakit sebelum ni.

5. Fungsi bahagian badan tersebut berkurang. (Contoh: kalau tangan, terus rasa susah nak sikat rambut)

Hah.. Apa maksud tanda2 ni ye?

Maksudnya, senaman atau aktiviti atau kaedah regangan yang anda lakukan itu dah berlebihan dan menyebabkan badan anda menerima 'stress' yang tidak sepatutnya.

Jadi... Anda kena la modified atau kurangkan aktiviti atau senaman tersebut.

Selamat membuang lemak raya!!!

Nak FREE consultation??

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment