Thursday, August 25, 2016

MMM coaching

Sedikit perkongsian nasihat dari mentor semalam:

1. Jangan bandingkan epal dengan kucing. Bandingkan epal dengan epal.

Maksudnya jangan bandingkan pencapaian kita dengan orang lain, tapi bandingkan pancapaian kita dengan diri kita sendiri.
Sama ada, ada peningkatan, penurunan atau mendatar sahaja.
Bila kita mula membandingkan diri kita dengan orang lain, perasaan 'give up' tu akan slowly datang.
So, mula la kita nak buat apa yang orang lain tu buat.

2. Jangan melompat seperti monkey, dibulan monkey dan ditahun monkey.

Menurut kepercayaan orang cina, bulan 8 adalah bulan monkey dan tahun ini merupakan tahun monkey dalam kelendar mereka.
So mentor kata, biar je tahun dan bulan monkey, yang penting kita jangan jadi seperti monkey melompat2 menukar bisnes.
Tengok bisnes tu up nak buat tu, tengok orang berjaya buat bisnes tu kita pun nak buat.
Jangan macam tu, stay fokus dengan apa yang kita buat. Try and adjust sampai berjaya.

3. Set target yang besar supaya kita dapat capai target yang kecil.

Contohnya sales kita bulan ni da sampai RM10k sebulan. Kita nak bulan depan sales kita RM15k sebulan.
So kita set target sales kita RM50k bulan depan, kita buat perancangan pun untuk dapat kan RM50k bulan depan.
InsyaAllah bulan depan sales RM15k tu memang dah ada dalam tangan, dan kalau rezeki ntah2 sales kita memang betul2 dapat RM50k.
Apa yang kita fikir tu kan doa jugak. =)

Saya harap anda dapat belajar sesuatu, apa2 pun keyakinan pada Allah itu yang lebih penting sebab, Dia la yang mengaturkan segalanya.

Fisioterapi ke rumah
012-2998620

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment