Friday, August 19, 2016

RUMAHKU, SYURGAKU

Petang semalam saya bawak anak pergi main kat taman. Seronok tengok, ramai rupanya rakyat Malaysia ni suka ber'jogging'.



Teringat seorang klien saya di Puchong, awal2 dulu saya hanya buat rawatan fisio dalam rumah je. Tapi bila klien saya ni dah makin okey, nampak lebih stabil bila berjalan, saya pun bawak la klien saya ni berlatih berjalan kat taman yang dekat dengan rumah beliau, tak pun kami akan berjalan di sekitar taman perumahan beliau. Klien saya ni suka sangat bila saya bawa dia berjalan diluar.


Ni la sebabnya kenapa kami memilih membuat servis fisioterapi ke rumah berbanding membuka fisio center.

Klien kami bebas membuat pelbagai latihan dan senaman mengikut kesesuaian rumah dan persekitaran masing2. Kan lebih selesa bila buat di rumah sendiri. Rumahku, Syurgaku.

Selain tu, kami pun boleh la adjust dan modified siap2 aktiviti apa yang sesuai untuk satu2 klien tu. Tak semua orang keadaan dan masalahnya sama, so kami akan ubah mengikut keperluan masing2.

Siapa nak kami bantu lagi?

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment