Tuesday, August 23, 2016

Eeeiiii... KOTOR Laaaa!!!!

"Tak nak la ajak anak buat gardening, nanti kotor habis semua" -ibu-

"Eleyh... Buat mati je pokok tu nanti kalau dia tanam"-ayah-

Kenapa ye tak nak bagi peluang pada si anak untuk mencuba aktiviti lain selain dari yang dia dah buat hari2?

Susah ke nak basuh tangan n baju anak tu kalau kotor?

Isu sangat ke kalau pokok yang anak kita tanam tu tak hidup?

Dear parents,

Banyak sangat2 manfaat yang anak anda boleh dapat melalui gardening ni.



Kat sini saya ada listkan 5 manfaatnya.
Yang lain, parents boleh la tambah sendiri ye.

1. Anak boleh belajar tentang Tuhan
- anak akan kagum melihat ciptaan Allah yang menciptakan pelbagai tumbuhan yang setiap satunya ada keunikan tersendiri.
- anak dapat melihat bagaimana dari sekecil2 biji benih boleh membesar menjadi pokok dan akhirnya mengeluarkan bunga atau buah

2. Anak dapat meningkatkan koordinasi
- mungkin pada kita senang je nak ceduk masukkan tanah dalam bekas sebab koordinasi kita dah bagus, tapi bagi mereka, ini adalah cabaran baru yang sangat mencabar.
- selain tu, cabaran nak siram pokok tepat masuk ke dalam pasu pun agak mencabar bagi mereka.

3. Anak dapat meningkatkan sensori tangan
- sensori tangan dapat diransang dengan marasai atau memegang pelbagai jenis tekstur.
- sewaktu 'gardening' anak akan dapat merasa tekstur seperti tanah, rumput, batu, duri, daun, bunga, buah dan lain2.

4. Anak dapat meningkatkan kemahiran berfikir
- kenapa kena siram pokok pagi n petang?
  kenapa kena letak baja?
  kenapa kena letak bawah matahari?
- dan macam2 lagi soalan yang akan perlu parents berikan jawapan.

5. Anak dapat belajar di luar bilik darjah
- boleh mengira berapa senduk tanah untuk setiap pasu, boleh buat operasi matematik guna batu atau bunga
- boleh belajar tentang warna dan bau
- kalau dah besar sikit boleh belajar sains macam kitaran hidup pokok, rantai makanan dan lain2.

Hah.. Saya tahu, dalam fikiran anda semua sebenarnya banyak lagi kan manfaat nye??

So, jom ajak anak berkebun petang ni. 😁

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah #bangi #kajang #putrajaya

No comments:

Post a Comment