Tiada siapa sangka, seorang ketua keluarga akan ditimpa
kemalangan sehari sebelum raya,
Tiada siapa sangka, ketua keluarga itu akan lumpuh selepas
kemalangan,
Bagaimanalah perasaan isteri dan anak2nya?
Walaupun begitu, isterinya sangat gigih dan kuat semangat. Masih
setia menemani dan menjaga si suami walaupun si suami tak mampu untuk berbuat
apa2, hatta untuk menyuapkan air ke mulut sendiri.
Saya diperkenalkan oleh pesakit saya dengan keluarga ini.
Ketika saya datang pada kali pertama, si suami hanya terbaring je, tapi selepas beberapa sesi, pelbagai
perubahan positif berlaku. Si suami sudah mampu mengangkat tangan, duduk dengan
sokongan dan dapat mengawal pergerakan leher.
Tapi, selepas itu perubahan nya menjadi mendatar. Agak susah
untuk tengok perubahan walaupun rawatan fisioterapi tu dah jadi rutin. Tapi..
rawatan fisio tetap diteruskan.
Hingga lah ke satu hari, keluarga ini sekali lagi di uji, si
suami di serang sawan. Sawan ni bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali2. Hati
isteri mana yang tak sedih melihatkan suaminya dalam keadaan begitu. Tapi,
beliau masih tetap bangkit mencari serpihan kekuatan.
Rupa2nya aturan Allah lebih cantik dari apa yang manusia
rancangkan. Allah nak berikan `hadiah’ kepada mereka. Sekali lagi, saya
menyaksikan sendiri pelbagai perubahan positif kepada si suami. Yang paling
ketara, kini si suami lebih memahami arahan yang saya berikan dengan lebih cepat
dan macam2 lagi perubahan lain.
Alhamdulillah. Dari sudut pandangan saya sebagai
fisioterapi, saya nampak potensi ketua keluarga ini untuk sembuh. Tapi, apa2
pun Allah lebih mengetahui.
Kepada anda yang membaca post ini, marilah kita sama2 berdoa
agar Allah memberi kesembuhan kepada Suami ini dan sentiasa memberikan kekuatan
kepada isteri dan anak2nya untuk meneruskan hidup. Amin..
Benar kata bijak pandai, setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Cuma sama ada kita manusia masih nak bangkit untuk terus merasai
hikmah itu atau kita tewas dan kecundang dengan ujian hidup itu.
#bigheartphysio #fisioterapikerumah #bangi #kajang
#putrajaya
No comments:
Post a Comment